Seluar dalam tempat barang curi



SELUAR dalam dipasang zip adalah tempat yang selamat dan
berkesan untuk menyimpan barang curi.

KUALA LUMPUR - Seluar dalam rupa-rupanya bukan lagi sekadar
pakaian kerana ia juga berfungsi sebagai 'tempat'
paling selamat' bagi segelintir pembantu rumah
menyembunyikan barangan majikan yang dicuri.

Mereka dipercayai menyimpan barangan kemas dan wang majikan
dalam seluar itu bagi mengelak majikan menemuinya semula di
tempat lain.

Taktik itu terbongkar apabila seorang pembantu rumah
terpaksa menceritakan kepada majikannya bahawa seluar dalam
seperti itu memang ada digunakan oleh sesetengah pembantu
rumah dari Indonesia .

Wanita itu terpaksa mendedahkan rahsia tersebut selepas dia
sendiri disoal-siasat oleh majikannya, seorang pensyarah
niversiti yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 50.

"Saya dah banyak kali menjadi mangsa sehingga memaksa
saya membuat pemeriksaan mengejut ke atas pembantu rumah
baru-baru ini selepas barang kemas dan wang dalam beg duit
saya hilang.

"Akhirnya saya jumpa seluar dalam berzip dan di situ
dia menyimpannya,'' kata Faridah baru-baru ini.

Beliau menceritakan, pembantu rumahnya itu mengakui seluar
dalam itu satu cara yang selamat dan berkesan untuk
menyimpan barang curi.

"Saya pernah hilang cincin berlian berharga RM19,000
tetapi gagal menemui semula walaupun semua ahli keluarga
menyelongkar bilik pembantu rumah.

"Satu-satu tempat tidak periksa ialah pada bahagian
bawah badannya dan pada waktu itu saya tidak mengetahui dia
memakai seluar dalam berzip,'' katanya dengan
menambah, pembantu rumahnya itu sempat melarikan diri
selepas itu.


Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma. KLIK

Subscribe to isuharian




1 Komentar untuk "Seluar dalam tempat barang curi"

ingatkan amah2 ni bodoh..upernya bijak jugakk!!! tp sepandai2 tupai melompat...akhirnya berdentum tergolek dog!!!

 
Copyright © 2014 Isu Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info