Asal usul nama ELEKTRIK....


Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick". Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma. KLIK

Subscribe to isuharian

Related Post

  • AKTA 15 PERLEMBAGAAN PEKERJA SOSIALSepasang kekasih baru bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ket…
  • Nasi BungkusSatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahunmenaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu be…
  • Mengenal peribadi diri andaCara ini sudah dicuba dan kebenarannya sudah terbukti. Pilihan andamenunjukkan keperibadian anda. Anggap diri anda sa…
  • Tips hadapi hantuBertemu hantu... jangan panik!!! try ikut tips ni... Pocon…
  • Dont fart in front of gayJangan kentut didepan GAY (18xxxx)Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktivi…
0 Komentar untuk "Asal usul nama ELEKTRIK...."
 
Copyright © 2014 Isu Semasa - All Rights Reserved
Template By Catatan Info