MyKad baru lebih berkualiti


Kawan admin selalu merungut tentang kualiti my kad masa kini yang tak setanding dengan zaman dulu..ini diakui sendiri sebab admin punya IC pon dah berselotep untuk elak dia terburai...Berita ni diharap dapat legakan semua rakyat Malaysia yang rata2 akui Mykad sekarang tak berkualiti...Betulkah..apa pandangan kawan2 semua ?

MyKad baru lebih berkualiti mulai Januari 2012
KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad dengan struktur baru yang lebih berkualiti bermula Januari depan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata MyKad baru itu diperbuat daripada bahan ''polycarbonate'' yang lebih tahan dan menggunakan teknologi turisan laser di permukaan kad.
"Kelebihan lain pada MyKad ialah menggunakan cip baru yang telah diuji kualiti ketahanan di Sirim dan makmal semikonduktor yang diiktiraf.
"Kualiti cip sering dibangkitkan akhir-akhir ini dan dengan struktur baru yang lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, ia sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa hadapan," katanya dalam kenyataan sempena perasmian penyerahan dokumen diri Program Mydaftar, di sini hari ini.

Beliau berkata ciri-ciri baru yang terdapat pada MyKad itu juga nanti dapat mengekang pemalsuan MyKad.

Pada majlis itu Hishammuddin menyerahkan 40 sijil kewarganegaraan 30 sijil lahir dan 30 kad pengenalan diri kepada penerima kaum India.

Mereka adalah sebahagian daripada 9,539 pemohon di bawah program Mydaftar Masyarakat India yang berlangsung dari 19 hingga 26 Feb lepas, anjuran Kementerian Dalam Negeri, JPN dan Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India (SITF). - BERNAMA

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma. KLIK

Subscribe to isuharian

0 Komentar untuk "MyKad baru lebih berkualiti"
 
Copyright © 2014 Isu Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info