Binatang paling kuat

Pada suatu pagi yang sunyi, terdengar suara harimau mengaum di dalam sebuah hutan. Rimau tu pun menghampiri seekor monyet kecil dan terus mengaum kuat lalu bertanya "Siapa yang paling hebat di dalam hutan ni?" Monyet yang ketakutan tu menjawab, "Engkau le rimau, takde siapa yang lebih hebat dari engkau."



Harimau tu tersenyum dan terus berjalan megah di dalam hutan. Ia terjumpa seekor rusa yang ketakutan dan mengaum kepada rusa tu pulak. "Siapa yang paling gagah di dalam hutan ni?". Rusa tu hampir nak terc*rit bila mendengar suara rimau tu tapi terus menjawab dengan suara tersekat-sekat "Err..err.. engkau, engkau rimau..kau pa pa pa paling gagah sekali dalam hutan ni."

Harimau tersenyum dengan lebih lebar sampai la ia terjumpa dengan sang gajah yang tengah asyik makan dedaun pokok. Harimau tu terus mengaum sekali lagi kepada gajah tu sambil berkata "Siapa yang paling kuat di dalam hutan ni?" Sang gajah terus berhenti makan dan membelit harimau tu dengan belalainya. Gajah tu mengangkat si harimau dan mencampaknya ke tanah. Kemudian sang gajah mengangkat harimau sekali lagi dengan belalainya dan mencampak harimau tu ke sebatang pokok.

Harimau yang kesakitan tu bangun dan berkata "Adeh, ko ni... Kalau ko tak tau jawapannya pun, janganlah marah sampai macam tu sekali."




Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma. KLIK

Subscribe to isuharian

0 Komentar untuk "Binatang paling kuat"
 
Copyright © 2014 Isu Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info