LONDON: 'Pengorbanan' seorang pegawai kanan bank yang sanggup meninggalkan kerjaya berpendapatan AS$160,000 (RM528,000) setahun, demi meneruskan minat sebagai tukang kayu, ternyata sia-sia apabila doktor mengesahkan dia menghadapi alahan teruk terhadap kayu dan habuk kayu.
Dan Hill, 32, sebelum itu hairan kerana dia akan berasa gatal seluruh badan, bersin tidak berhenti-henti dan mata berair setiap kali mengikuti kursus pertukangan kayu bersama jurulatihnya.
Selepas menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan masalah yang dihadapinya.
“Nampaknya saya terpaksa mencari kerja dan hobi yang lain,” katanya. - Agensi
Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma. KLIK
Tags:
0 Komentar untuk "Macam-Macam Hal lah"