Pity horse

Simpati akan nasib family kuda ni

BUENOS AIRES - Seekor kuda liar melambung hampir 10 meter ke udara
selepas haiwan itu bertembung dengan sebuah kereta lumba, lapor sebuah
akhbar semalam.

Rakaman video kemalangan dahsyat itu yang berlaku ketika Rali
Argentina berlangsung pada Ahad lepas menunjukkan seorang pemandu,
Federico Villagra merempuh kuda tersebut dengan kereta Mitsubishi Evo
yang dipandunya.

Haiwan itu cedera teruk dan terpaksa dihapuskan selepas ia tiba-tiba
berkeliaran di litar perlumbaan tersebut.
Dua ekor kuda lain yang turut berada di litar itu berjaya mengelak
daripada dilanggar kereta Villagra.

Sebuah akhbar Argentina melaporkan di sebalik pelanggaran dahsyat itu,
Villagra hanya mengalami cedera ringan dan hanya kehilangan 30 saat
masa perlumbaan.

"Saya terkejut melihat kuda-kuda itu melintas. Seekor daripadanya
melanggar cermin hadapan kereta saya dan terpelanting ke belakang
kereta," katanya. - Agensi

Related Post

  • Seaweed In MarketPenemuan yang mengejutkan. Seaweed yang diperbuat dari plastik. Gile ke apa nak bagi orang makan plastik..memang produk …
  • Behind the Scenes - HandbagPengunjung yang bermasalah melihat ular dan biawak tidak digalakkan melihat post iniJika anda ingin mendapatkan gambar p…
  • XXL RestaurantKenyang Gile makan kat sini..huhuJika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa k…
  • Cuba Korang Teka Apa Benda Nieagak-agak korang...apa kebenda besar gedabak nie???HARD DISK pada tahun 1956....The Volume and Size of 5MB memory storag…
  • MEMBUAT JUBAH KAABAHJika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarka…
0 Komentar untuk "Pity horse"
 
Copyright © 2014 Isu Semasa - All Rights Reserved
Template By Catatan Info