Kentut itu membahagiakan

Maaf atas post kali ini yang mungkin buat anda kurang selera makan..
macam best ajer dpt email ni dan saya pon teruslah post untuk tatapan
anda semua..hehe

Jarang sekali kita dengar pompuan kentut kuat kuat terutamanya bila
tengah keluar dengan lelaki. Mereka sanggup tahan kentut sampai biru biru
muka semata mata tak mau kentut depan teman lelaki mereka. Padahal,
lelaki sikit pun tak kisah jika pompuan terkentut. Adat la tuh dah nak
terkentut. Paling kurang lelaki akan berkata "Eh! Makan apa kentut busuk
dan kuat sangat nih???" Dan secara otomatik lelaki dan pompuan tadi akan
ketawa bersama sama. Ini akan menjadikan hubungan mereka semakin ceria.

Lelaki secara lazimnya terkentut secara tak sengaja. Dan apabila benda ni
terjadi, lelaki dengan secara tak malunya akan mengaku depan teman
wanitanya bahawa dia terkentut. Dan teman wanita secara spontan akan
berkata "Tak senonoh la…" sambil mengejek manja teman lelakinya itu. Dan
lihatlah betapa harmoninya hubungan mereka.

Jika dahulu pompuan asyik menahan kentut ketika bersama teman lelakinya,
namun kini pompuan dengan beraninya memberitahu lelaki bahawa dia nak
terkentut. Pendek kata, kentut mintak izin. Tengok…bagaimana kentut
mendidik pompuan supaya menjadi begitu tertib. Dan hubungan mereka secara
tak langsung akan bertambah baik..

Jika dahulu pompuan berkata perbuatan teman lelakinya yang asyik
terkentut sesuatu perbuatan yang tak senonoh, namun kini dia semakin
mengaguminya dan semakin menghormati…kerana itu adalah trademark teman
lelakinya. Mana nak jumpa dah lelaki camtu…

Akhir sekali, jangan sesekali malu jika anda terkentut ketika anda
berkunjung ke rumah dan menemui ahli keluarga pasangan anda. Ini kerana
jika anda terkentut, ahli keluarga pasangan anda akan gelakkan anda
secara beramai ramai. Secara tak langsung, ini akan mengeratkan hubungan
anda bersama bakal bakal ahli keluarga anda.

Kesimpulan:
Kentut itu membahagiakan… .anda setuju???

0 Komentar untuk "Kentut itu membahagiakan"
 
Copyright © 2014 Isu Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info