sahabat. Jika bercampur dengan orang yang salah, besar kemungkinan
hidup kita juga akan tidak tenteram dan dilanda pelbagai masalah yang
berpunca daripada sahabat toksik itu.
Jadi, di sini diperturunkan beberapa tips untuk memilih sahabat.
1) JANGAN PILIH YANG BAKHIL
Sahabat yang bakhil adalah dari mereka yang kedekut. Kedekut untuk
berbelanja, tidak mahu bertolak ansur. Sering memikirkan kesusahannya
sahaja, tidak pernah memikirkan kesusahan anda. Dia lebih banyak
meminta-minta daripada memberi. Jika anda bercerita tentang kesulitan
anda,dia akan dulu mengatakan bahawa dia mempunyai kesulitan yang
lebih besar dari anda. Satu sen duitnya seperti roda kereta lembu.
Jika berbelanja, dia lebih riang jika anda yang mengeluarkan
perbelanjaan untuk dirinya. Tidak guna anda teruskan persahabatan
dengan orang yang sebegini, hanya akan merugikan duit anda sahaja.
2) JANGAN PILIH YANG BODOH
Bersahabat dengan orang yang bodoh akan membuat anda tidak
bersemangat. Dia akan hanya menurut sahaja apa yang anda fikirkan.
Tidak memberi pendapat yang boleh mendorong kehidupan anda untuklebih
maju. Ceritanya hanya di sekitar dirinya sahaja. Tidak pernah
bercerita tentang sesuatu yang baru yang boleh membuka minda anda. Dia
seorang yang pak turut yang mengikuti sahaja cadangan anda dan tidak
memikirkan baik dan buruknya.
3) JANGAN PILIH YANG PENIPU
Sahabat jenis ini selalu sahaja membawa cerita bohong kepada anda.
Jika anda lalai saja, dia akan kenakan anda dengan kebijaksaannya.
Jika berjanji, nampak bersungguh-sungguh tapi tidak menepatinya. Dia
membuat pelbagai janji yang berbagai-bagai tetapi tidak satu pun yang
ditepatinya.
4) JANGAN PILIH YANG PENAKUT
Sahabat yang penakut adalah yang tidak pernah memikirkan masa
depannya, dia juga berkira untuk meningkatkan prestasi kerjayanya. Dia
masih berada ditakuk lama walaupun masa telah begitu jauh
meninggalkannya. Anda harus sedar orang yang penakut tidak perlu
dijadikan Sahabat jika anda tidak mampu menjadikan dia berani.
5) JANGAN PILIH YANG PENGKHIANAT
Sahabat seperti ini bermuka manis dan bermulut manis tetapi hatinya
tidak ikhlas terhadap kita. Sahabat jenis ini akan menikam anda dari
belakang. Maksudnya, walaupun dia begitu baik terhadap anda tetapi ada
sahaja muslihatnya untuk menjatuhkan anda.
Sumber: Yoyooh.com
0 Komentar untuk "Tip Mencari Sahabat"