Syed Nasimuddin- Naza dah meninggal


Syed Nasimuddin meninggal

KUALA LUMPUR: Pengerusi Naza Motor, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin meninggal dunia di Amerika Syarikat kira-kira jam 10 pagi waktu Amerika (10 malam tadi waktu Malaysia) kerana barah paru-paru.

Allahyarham berada di Amerika untuk menemani isterinya menjalani rawatan kanser di sebuah pusat rawatan di sana.

Ahli keluarga Allahyarham sedang membuat urusan untuk membawa pulang jenazahnya ke tanah air untuk dikebumikan.

Allahyarham menerajui Kumpulan Naza, sebuah kumpulan perniagaan terkemuka yang diasaskan pada 1974.

Kumpulan Naza sebanarnya terdiri daripada 14 bahagian perniagaan termasuk penjualan kereta motor, motosikal, pembuatan, perkhidmatan pengangkutan, mesin dan jentera, kejuruteraan, perladangan, pengedaran, kredit dan pajakan, bot, hartanah, hotel dan agensi insurans.

Nasimuddin terkenal sebagai seorang usahawan yang low profile. Bagaimanapun, dengan mengambil kira jumlah jualan yang direkodkan, empayar automotifnya dianggarkan sudah mencatat hasil lebih RM4 bilion.

Di Malaysia, keuntungan sebuah syarikat automotif yang berdaya maju dianggar berdasarkan nilai jualan yang dicatatkan. Justeru, keupayaan kumpulan itu membuat tawaran membeli 40 peratus kepentingan dalam Proton Holdings Bhd dan membangunkan kilang pemasangan dan kejuruteraan di Bertam, jelas menunjukkan ia syarikat yang kaya tunai.

Sehubungan itu, penganalisis mengangarkan Kumpulan Naza bernilai lebih RM6 bilion terutama dengan mengambil kira prestasi yang dicatatkan bahagian automotif, hartanah dan perhotelannya.

Dilahirkan pada 1955, Nasimuddin meminati kereta dan industri automotif sejak menuntut di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Pada usia 21 tahun, bermodalkan RM80,000 yang ditabung hasil upah kerana pembantu bapanya seorang kontraktor, beliau mula terbabit dalam perniagaan kereta mewah terpakai memanfaatkan dasar Permit Import (AP) untuk Bumiputera pada 1975.

Dengan RM80,000 itu beliau membeli 20 AP dan terbang ke Jepun. Selepas tiga bulan mendalami selok belok perniagaan kereta terpakai, Nasimuddin membawa pulang 20 kereta dan habis menjualnya dalam tempoh tiga bulan.

Nasimuddin memulakan perniagaan automotif di sebuah rumah kedai di Taman Maluri. Pada 1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan menjual antara 40 hingga 60 unit kereta sebulan.

Kebangkitan Nasimuddin dalam industri automotif adalah sepantas kereta sport mewah yang diminatinya seperti Porche dan Ferrari.

Perjalanan perniagaannya bukan tanpa cabaran, terutama daripada aspek pembiayaan dan bagaimana untuk meyakinkan pelanggan membeli kereta terpakai, tambahan pula ketika itu ramai pengguna yang kurang berkeyakinan terhadap kereta Jepun.

Bagaimanapun, minat mendalam terhadap apa yang dilakukannya membolehkannya melalui semua itu dan hinga kini, beliau muncul sebagai antara tokoh automotif paling digeruni dengan menawarkan kereta mampu milik seperti Naza Sutera hinggalah kepada kereta import mewah seperti Naza-Brabus.

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma. KLIK

Subscribe to isuharian


0 Komentar untuk "Syed Nasimuddin- Naza dah meninggal"
 
Copyright © 2014 Isu Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info