Lawak Mee Bandung


Untuk beberapa tahun, Ahmad Suffian telah mengadakan hubungan sulit
dengan orang gajinya,Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad
Suffian yang dirinya mengandung ...

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah
mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk
melahirkan anak mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut
sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh
Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis
perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir
nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk
anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari
kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang
keliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.

"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan,"
kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat
Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian
bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi ...

"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2
tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

Related Post

  • Japanese namesYang suka membuat kacau bilau -- WAKASI HURUHARAYang suka mengeji - WASUKA CACIMAKIYang suka belajar - ASIKO ULANGKAJIY…
  • Shampoo, Sabun dan Ubat Gigi Baba"Shampoo, Sabun dan Ubat Gigi Baba"Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepadaseorang pelajar kole…
  • Ultraman Pandai Pantun?PULAU HOKKAIDO JAUH KETENGAHGUNUNG FUJI BERCABANG TIGAHANCUR RAKSASER DIKANDUNG TANAHULTRAMAN YG BAIK DIKENANG JUADUA TI…
  • Pearl Harbour dengan SpielbergSeorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spi…
  • Aneka SupLatar tempat : Gerai tepi jalanLatar Masa : Lepas semayang Maghrib.Kisah bermula..Waiter : Ye nk makan ape..?Mizi :…
0 Komentar untuk "Lawak Mee Bandung"
 
Copyright © 2014 Isu Semasa - All Rights Reserved
Template By Catatan Info